Borang permohonan pendaftaran sebagai ahli KUPUTRA

Muatturun

Borang permohonan berhenti sebagai ahli KUPUTRA

Muatturun

Borang permohonan pengeluaran yuran tahunan ahli

Muatturun

Borang permohonan pembiyaan peribadi

Muatturun

Borang tambah atau kurang yuran atau saham

Muatturun

Borang pindah modal yuran ke modal saham

Muatturun

Borang derma kumpulan kebajikan Am

Muatturun

Borang skim galakan akademik ahli KUPUTRA

Muatturun

Jadual Ansuran Skim Pembiayaan Peribadi Islam

Muatturun

Pengumuman KUPUTRA

Meja Pengerusi
40 TAHUN KUPUTRA

Tahun 2016 mempunyai erti luar biasa untuk Koperasi Universiti Putra Malaysia Berhad (KUPUTRA). Pada tahun ini genaplah 40 tahun usia KUPUTRA. Usia yang dapat digambarkan sebagai satu usia yang telah meninggalkan usia muda penuh dengan cabaran dan perjuangan dan beralih ke usia kedewasaan dengan kematangan. Pada usia ini akan terlihat ciri-ciri kestabilan, mapan dan kekukuhan yang nantinya akan menjadi satu alat ukur pada usia tahun-tahun berikutnya.

Dari segi sejarahnya, KUPUTRA atau sebelum ini disebut sebagai KUPERTAMA ditubuhkan pada 7 September 1976, hanya beberapa tahun setelah penubuhan Universiti Pertanian Malaysia yang kemudiannya bertukar menjadi Universiti Putra Malaysia. KUPUTRA bertujuan untuk meningkatkan ekonomi anggotanya mengikut prinsip-prinsip Koperasi. Sedangkan visi utamanya adalah untuk menjadi sebuah Koperasi di IPTA yang berdaya saing, unggul dan dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada anggota, pelanggan dan komuniti.

Kita semua maklum bahawa KUPUTRA mempunyai misi, peranan dan tanggungjawab sebagai sebuah badan Koperasi yang ditubuhkan didalam sebuah universiti awam. KUPUTRA kini bukan sekadar mencatat usia 40 tahun tetapi usia tersebut juga diwarnai dengan satu imej kewibawaan dan kematangan yang penuh dengan pengalaman yang meletakkanya sebagai sebuah Koperasi yang disegani dengan memiliki kredibiliti dan integriti. KUPUTRA mempunyai tanggungjawab yang perlu dipenuhi bukan hanya terhadap anggota sebagai pemilik dan pemegang saham tetapi juga untuk universiti tempat Koperasi ini hidup dan bernaung.

Kebijaksanaan barisan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dahulu hingga sekarang telah membina kekuatan KUPUTRA diatas tiang dan lantai yang teguh.Kejayaan yang ada pada hari ini adalah lanjutan kejayaan semalam. Kejayaan yang telah dirintis oleh ALK diperingkat awal dan dapat serta terus dikekalkan oleh ALK yang ada dan bertukar ganti sehinggalah ke saat ini.

Sebagai pengerusi yang agak lama di Jemaah ALK, diakui bahawa ramai orang berperanan dan memberi sumbangan untuk pencapaian KUPUTRA seperti yang dilihat pada hari ini. Bagaimanapun tidak berlebihan untuk menyatakan bahawa penglibatan dan pengaruh Tan Sri Dato' Dr Mohd Noor Ismail sebagai pengerusi pertama mempunyai kelebihan tersendiri yang perlu direkodkan dan diberi sanjungan, penghargaan dan ucapan terima kasih.

Mengakhiri Meja Pengerusi kali ini saya mengucapkan selamat hari ulang ke 40 KUPUTRA.Sama-samalah kita berdoa semoga KUPUTRA terus mencipta kejayaan yang lebih besar, kekal sebagai sebuah Koperasi berwibawa dan mendapat perlindungan, berkat dan rahmat dari Allah SWT.Amin.

Mengenai KUPUTRA

KUPUTRA atau Koperasi UPM Bhd ditubuhkan pada 7 September 1976. Dibawah akta koperasi 1948 Seksyen 9 (koop.inst.no 3 & bil.koop.ip.3893/.) Ianya bertujuan membentuk satu kelompok usahawan koperatif yang memberi pulangan pelaburan kepada anggota yang mana terdiri daripada pegawai dan pelajar UPM.

HALA TUJU KUPUTRA

  • Membangunkan sosio ekonomi anggota

    Please insert decription here
  • Memberikan perkhidmatan kepada anggota, pelanggan dan komuniti

    Single-origin coffee wolf forage pour-over selvage sapiente. Culpa gluten-free cred slow-carb Blue Bottle. Actually occupy Kickstarter letterpress, shabby chic readymade seitan enim nisi photo booth aute single-origin coffee hoodie. Direct trade twee gastropub, cardigan Tonx pork belly plaid hoodie banh mi church-key mumblecore deserunt forage minim quis. Dolor quinoa banh mi, proident tattooed food truck pork belly duis cliche actually pour-over retro vegan forage. Hella reprehenderit cray pariatur. Tonx lo-fi laboris scenester small batch Vice, synth salvia ex 8-bit single-origin coffee.

BULETIN KUPUTRA

Produk-produk

Apakata Ahli

  • .......

    .....- ...